tulisan bergerak

Friday, 13 June 2014

Gula hati

Assalamualaikum


~MUHAMMAD AHZA BIN JAMHARUDDIN~


Seseorang yang dapat buka pintu hati untuk aku bercinta lagi.
Seseorang yang sentiasa buat aku tersenyum bila terdengar nama nya.


Alhamdulillah aku bahagia dengan dia. Ya Allah, kau satukan lah kami :') Sesungguhnya aku sangat menyayangi nya. Walaupun kami jarang berhubung , aku sentiasa ingat dia. sentiasa sayang dia.
Bila dengan dia , aku rasa lain sangat.. Memang sebelum ni aku pernah bahagia dengan orang lain , tapi aku rasa bahagia yang tak sama. Kali ni lagi bahagia <3


Kalau korang nak tau, Ahza lain dari yang lain.

  • Dia seorang yang pemalu. yes, pemalu. tak percaya? haha. dalam 15 kali jumpa, baru satu kali berbual. itu pun sekejap. perbualan yang singkat, padat dan sendat. eh? haha . 5 minit only ;) kau ado?

  • Dia rajin. Rajin tolong mak dia kat kedai. Rajin tolong ayah dia kat bengkel.

  • Dia lebih suka jadi pendengar yang setia dari bercerita. Dulu dia banyak senyap. Alhamdulillah Nampak sikit perubahan dia. Dah reti nak share cerita.

  • Dia suka dengan budak-budak. Suka sangat. Lagi-lagi Mia adik sepupu dia. memang asyik gelak ketawa je la dia .

Sebenarnya , banyak lagi ... Tak tertype aku.


Dear M.A, saya harap awak jaga kepercayaan yang saya bagi untuk awak. Saya harap awak setia dengan saya. Saya harap awak sentiasa ingat saya walau kat mana pun awak ada :') Saya nak awak tau yang saya sayang awak sangat sangat.



lot of love
Ain Nabilah

Monday, 14 April 2014

Buah hati pegarang jantung

*On The Phone*

Him : Awak cuba tengok bulan malam ni.
Me  : *keluar rumah* Kenapa dengan bulan tu?
Him : Saya nampak muka awak dekat bulan tu.
Me  : hahaha sakai



Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Aku betul-betul bahagia. Ya Allah, terima kasih atas kebahagiaan ini Ya Allah. Aku bersyukur. Walaupun kami jarang contact, kami tetap macam sebelum ni. Kau tetapkanlah hati kami Ya Allah. Kebahagiaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Semoga bahagia ini milik kami berdua..


Walaupun 12 kali dah kitorang jumpa, sekali pun tak pernah bercakap. Macam tak logik kan? Tapi tu la kenyataan nya.. Dia malu. Aku malu. Tapi aku lebih selesa macam ni. Bila kitorang jumpa, mesti adik, sepupu, makcik, kawan akan teman. Nak kata rombongan pun boleh. haha. Tak pernah lagi kitorang keluar berdua. Aku berani pandang dia bila dia leka borak dengan adik aku. Bila dia perasan aku pandang dia, cepat-cepat aku pandang tempat lain. Macam tu jugak la sebalik nya dia. Aku cukup bahagia bila dengan dia. Aku taknak jadi macam couple lain. Peluk sana sini, pegang sana sini.



Dear M.A , saya minta maaf dekat awak. Saya tak banyak masa untuk awak. Saya banyak habiskan masa saya dekat asrama. Tapi saya nak awak tau yang saya tak pernah lupakan awak. Setiap apa yang saya buat, saya sentiasa ingat awak. Dalam setiap doa saya, saya tak pernah terlupa/tertinggal untuk doakan kesejahteraan awak, kebahagiaan awak, kejayaan awak. Awak, terima kasih kerana membahagiakan saya. Saya sayang awak ketat-ketat. Insyaallah takkan longgar <3


Sunday, 23 March 2014

Bahagia

Assalamualaikum :)


Lama sangat rasanya tak update dekat sini. Bukan tak sudi cuma blog ni banyak menyimpan kenangan kenangan manis , pahit , masam , tawar.. Dan harini baru tergerak nak update balik..


Ya Allah , aku cukup bahagia sekarang ni. Terima kasih, Ya Allah.
Selepas aku mengalami kesedihan yang panjang, Kau hadirkan seseorang untuk merawat luka ini. Kau hadirkan seseorang untuk menghiburkan hati ini. Kau hadirkan seseorang untuk membuka pintu hati ini.
Betul la quotes ni cakap :-


"Orang yg selalu menangis, tidak selamanya akan menangis.

Akan ada waktu tangisan kita itu Allah gantikan dgn kebahagiaan" YaAllah, jika dia jodoh ku, kau satukan lah hati kami. Berikanlah kesempatan untuk aku membahagiakan dia sebagaimana dia membahagiakan ku YaAllah. Jika dia bukan jodohku YaAllah, aku pasrah. Aku redha dengan ketentuanMu. kau jadikanlah hati kami agar tidak membenci antara satu sama lain.

Tuesday, 8 October 2013

Selesai

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terima kasih YaAllah kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku terus melihat dunia. Terima kasih YaAllah kerana kau memberi aku peluang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah aka PMR. Alhamdulillah, 8 OKTOBER 2013, habis dah pmr. Selepas ni dah takada lagi pmr. Batch 98' penutup pmr. Bahagia, Gembira semuanya bercampur aduk.


Selamat tinggal Pmr. Selamat tinggal angka giliran BA086K014. Selamat tinggal buku teks. Aku akan merinduimu :'( *ye ye jeh*


Lepas ni, datang sekolah nak spent masa dengan kengkawan. Tahun 2014 nanti tak pasti lagi yang kitorang masih bersama lagi atau tak :'(

Thursday, 3 October 2013

Peperiksaan Menengah Rendah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tidak lupa jugak, salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah, Peperiksaan Menengah Rendah yang lebih famous amous dipanggil/digelar PMR, sedang berjalan. Sumpah jantung tak reti duduk diam. Dup sana dup sini. Tapi kira okey lakan? Kira kita sihat lakan? Daripada jantung senyap membisu je. Jantung tak berdegup. Arwah dah kan?


2 Oktober 2013, hari pertama jawab kertas pmr. Ada 2 subjek, 3 kertas. Bahasa melayu 1, bahasa melayu 2 dan agama islam. Alhamdulillah semua senang. Hahahaha. Kertas bm1, soalan dia okey la kan. Kertas bm2 bahagian C, sampai 490 patah perkataan aku tulis. Well mula-mula tak percaya jugak. Dah puas tampar muka, tarik pipi gebu ni, baru lah percaya. hahaha. Alhamdulillah terima kasih Allah. Kertas agama islam alhamdulillah pun senang. boleh la. ada part tu main hentam,lenjan dan berbagai lagi. Tapi banyak nya boleh jawab. Alhamdulillah.

3 Oktober 2013, hari kedua jawab kertas. Kertas Bi 1, bi 2 dan georgrafi. Kertas bi 1 banyak soalan trick. Bila nak hitamkan jawapan pikiq 4567 kali dulu. Nasib baik masa cukup. Kertas bi2 pulak, sangat sangat sedih. haha kkkkk. Section A boleh lagi tapi part section B (I)
sangat spoil. Boleh pulak masuk Mr Nobody tuh. Dulu form 1 mana belajar. Teacher ajar kat depan, kitorang main. Siapa suruh teacher tak garang? Tapi padan muka nya kat kitorang la! wkwkwkw :3 Kertas geografi, alhamdulillah senang. Ada lah yang susah jugak. hurmmm.


Okey byeeeeeeeeeeeee xx

Monday, 23 September 2013

Tears drop :'(

Assalamualaikum ;)


Ya Allah Ya Tuhanku, sedih nya aku hanya KAU yang tahu. Aku kejam! Aku jahat! Aku dah hancurkan hati seorang lelaki yang sangat baik Ya Allah. Ampunkan dosa ku Ya Allah :'(


16.09.2013....




Benda ni act la dah seminggu berlalu.. Tapi baru sekarang aku ada kekuatan untuk meluahkan,menceritakan, menaipkan nya. Huwahhhhhhhhhhhh :'( Aku buat orang yang aku sayang selama 2 tahun 7 bulan , menangis demi aku untuk kali yang ke ...... (tak dapat kira kot) Bodoh nya aku tak pernah nak hargai dia... Dia yang selama ni bersabar bila kena marah, dia yang selama ni sentiasa pujuk aku, dia yang selama ni tak pernah nak putus asa dengan relay ni. YA ALLAH :'(





Semua salah aku ... Aku yang bersalah :'( Aku kejam buat kau macam ni. Aku tau kau menangis tiap kali fikirkan aku. Aku tauu. Tapi aku? :'( Orang luar cuma nampak senyuman aku, tawa aku tapi dorang semua tak tau yang aku sentiasa menangis. Menangis kerana perbuatan aku terhadap kau! Menangis kerana kekejaman aku terhadap kau.

Tapi aku buat tu semua demi kebaikan kita berdua. Aku lebih takut bila relationship ni makin lama dan akhirnya putus. Aku tak kuat. Sekarang ni pun, aku dah sedih,meraung,merana apatah lagi bila 4, 5 tahun kemudian.. Sekurang-kurangnya dengan perpisahan ini, aku mahupun kau lebih mendekatkan kepda NYA. Kepada-Nya yang Maha Agung :'(

Terima kasih kepada kawan-kawan aku Aisyah,Ateen,Dura,Ily yang lain-lain lagi sebab banyak sokongan aku, bagi aku kekuatan, pujuk aku saat air mata mengalir. Thanks guys . Sekarang aku nak bangun, bangun dari kesedihan ni. Aku dah penat dengan hobi baru yang menangis 24jam ni.



"Kalau ada jodoh takkan kemana"

"Kalau dia jodoh kau, terpisahlah sekarang pun akhirnya akan bertemu juga"
"Sekarang bukan masa bercinta, fokus"

Otak aku dah aku setkan dengan ayat dekat atas ni. Bila sedih, aku terus ingat ayat ni. Life must be go on. go ain go.



Ucapan untuk Mohd Syahrulnizam Syah Bin Mat Azlan :




Dear awak, saya mintak maaf. Maaf sebab tak dapat jadi yang terbaik untuk awak. Terima kasih untuk 2 tahun 7 bulan ni. Saya happy dengan awak. Saya akan rindukan gelak tawa awak, suara bangun tidur awak and everything.. Banyak kenangan antara awak dan saya. Takkan semudah tu untuk saya lupakan awak. Terima kasih selama ni awak banyak bersabar dengan saya. Awak tak putus asa pujuk saya bila saya merajuk. Call sampai berpuluh-puluh kali, mecej banyak kali. Terima kasih awak :'( Takkan ada lelaki sebaik awak, saya tahu tu :'( Awak kuatkan semangat okey? Jangan sedih lagi. Fokus pmr dan dapat keputusan yang bagus. Masa tu ibu and ayah awak akan bangga dengan awak. Percayalah.... Jangan  tinggal solat awak. Jangan selalu
tidur lambat sebab dah takde orang nak kejut kan awak pepagi. I'm still love you :'(

_________________________________________________________________


Alhamdulillah selesai jugak menaip. Actually, entry ni asyik draft je. Tulis sikit nangis. Tutup laptop. Masuk bilik. Nangis. That why la aku ambik masa yang lama nak menaip entry kali ni walaupun takde la panjang mana. Hailaaa -_-





Friday, 6 September 2013

Bila nak habis?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah MIBF kali kedua dah selesai tengah hari tadi. Selesai je rasa ringan sikit kepala. Mana yang sebelum ni serabut mengalah PM. k poyos disitu. Bila nak habis? Cepat la pmr berlalu, tak sabar nak menunggu waktu tu. Dapat bayangkan dah macam mana masatu. Mesti kenkawan yang selama ni kaki ponteng *termasuk diri ini*, datang sekolah setiap hari. Nak tau kenapa? mesti lah nak spent time dengan kegkawan. Dah tak belajar kan, of course la gosip sana sini. Tak gitu?


Tak lama lagi, kira punya kira guna jari tangan hingga ke jari kaki, cuma tinggal 26 HARI LAGI !!
Ya Allah, cepat nya masa berlalu. Rasa macam baru semalam je belajar naik basikal. Rasa macam tak percaya aku akan hadapi periksa besar kali ke dua selepas UPSR.


Apa pun pray for me and all my friends. Good luck to batch 98'.  DO THE BEST AMONG THE BEST! WE CAN DO IT!
Hari pun semakin malam dan aku bersendirian yang masih belum melelapkan mata. Perasaan takut kini baru terasa. Takutttttttttttttttttttttt. *offline*