Assalamualaikum ;)
Ya Allah Ya Tuhanku, sedih nya aku hanya KAU yang tahu. Aku kejam! Aku jahat! Aku dah hancurkan hati seorang lelaki yang sangat baik Ya Allah. Ampunkan dosa ku Ya Allah :'(
16.09.2013....
Benda ni act la dah seminggu berlalu.. Tapi baru sekarang aku ada kekuatan untuk meluahkan,menceritakan, menaipkan nya. Huwahhhhhhhhhhhh :'( Aku buat orang yang aku sayang selama 2 tahun 7 bulan , menangis demi aku untuk kali yang ke ...... (tak dapat kira kot) Bodoh nya aku tak pernah nak hargai dia... Dia yang selama ni bersabar bila kena marah, dia yang selama ni sentiasa pujuk aku, dia yang selama ni tak pernah nak putus asa dengan relay ni. YA ALLAH :'(
Semua salah aku ... Aku yang bersalah :'( Aku kejam buat kau macam ni. Aku tau kau menangis tiap kali fikirkan aku. Aku tauu. Tapi aku? :'( Orang luar cuma nampak senyuman aku, tawa aku tapi dorang semua tak tau yang aku sentiasa menangis. Menangis kerana perbuatan aku terhadap kau! Menangis kerana kekejaman aku terhadap kau.
Tapi aku buat tu semua demi kebaikan kita berdua. Aku lebih takut bila relationship ni makin lama dan akhirnya putus. Aku tak kuat. Sekarang ni pun, aku dah sedih,meraung,merana apatah lagi bila 4, 5 tahun kemudian.. Sekurang-kurangnya dengan perpisahan ini, aku mahupun kau lebih mendekatkan kepda NYA. Kepada-Nya yang Maha Agung :'(
Terima kasih kepada kawan-kawan aku Aisyah,Ateen,Dura,Ily yang lain-lain lagi sebab banyak sokongan aku, bagi aku kekuatan, pujuk aku saat air mata mengalir. Thanks guys . Sekarang aku nak bangun, bangun dari kesedihan ni. Aku dah penat dengan hobi baru yang menangis 24jam ni.
"Kalau ada jodoh takkan kemana"
"Kalau dia jodoh kau, terpisahlah sekarang pun akhirnya akan bertemu juga"
"Sekarang bukan masa bercinta, fokus"
Otak aku dah aku setkan dengan ayat dekat atas ni. Bila sedih, aku terus ingat ayat ni. Life must be go on. go ain go.
Ucapan untuk Mohd Syahrulnizam Syah Bin Mat Azlan :
Dear awak, saya mintak maaf. Maaf sebab tak dapat jadi yang terbaik untuk awak. Terima kasih untuk 2 tahun 7 bulan ni. Saya happy dengan awak. Saya akan rindukan gelak tawa awak, suara bangun tidur awak and everything.. Banyak kenangan antara awak dan saya. Takkan semudah tu untuk saya lupakan awak. Terima kasih selama ni awak banyak bersabar dengan saya. Awak tak putus asa pujuk saya bila saya merajuk. Call sampai berpuluh-puluh kali, mecej banyak kali. Terima kasih awak :'( Takkan ada lelaki sebaik awak, saya tahu tu :'( Awak kuatkan semangat okey? Jangan sedih lagi. Fokus pmr dan dapat keputusan yang bagus. Masa tu ibu and ayah awak akan bangga dengan awak. Percayalah.... Jangan tinggal solat awak. Jangan selalu tidur lambat sebab dah takde orang nak kejut kan awak pepagi. I'm still love you :'(
_________________________________________________________________
Alhamdulillah selesai jugak menaip. Actually, entry ni asyik draft je. Tulis sikit nangis. Tutup laptop. Masuk bilik. Nangis. That why la aku ambik masa yang lama nak menaip entry kali ni walaupun takde la panjang mana. Hailaaa -_-
No comments:
Post a Comment